
Uchiha Obito
Merupakan bekas ninja Chunin Konoha. Dia merupakan rakan sepasukan Hatake Kakashi dan Rin di bawah bimbingan Hokage Keempat. Obito cuba membuktikan kekuatannya kepada Kakashi. Obito juga menyukai Rin secara diam-diam.
Dalam misi sabotaj yang ditugaskan kepada pasukannya, Rin telah diculik oleh ninja lawan. Kakashi bertekad untuk meneruskan misi dan yakin bahawa musuh tidak akan membunuh Rin buat sementara waktu. Obito tidak mempercayai Kakashi dan cuba untuk menyelamatkan Rin seorangan. Obito juga mengatakan bahawa arwah ayah Kakashi, Hatake Sakumo telah membuat keputusan yang betul dengan mengutamakan nyawa rakan-rakan seperjuangannya daripada kejayaan misi. Kakashi kemudiannya berkeputusan untuk membantu Obito menyelamatkan Rin. Demi melindungi Kakashi yang matanya telah dicederakan oleh ninja lawan, Obito berjaya membangunkan Sharingan sekaligus membuktikan kekuatannya kepada Kakashi. Selepas menyelamatkan Rin, seorangan ninja Iwagakure menggunakan 'Doton: RetsudotenshÅ,{Elemen Tanah: Rekahan Bumi di Sekitar Tapak Tangan) untuk mengebumikan mereka bertiga hidup-hidup. Serangan ini akan menghancurkan Kakashi tetapi Obito mengorbankan dirinya dan menolak Kakashi bagi menyelamatkan nyawa rakannya. Obito tahu bahawa dirinya akan mati tidak lama lagi. Maka, dia memberikan Sharingannya kepada Kakashi supaya Kakashi boleh menewaskan ninja lawan dan menyelamatkan Rin. Rin, seorang ninja perubatan memindahkan mata Sharingan Obito ke dalam soket mata kiri Kakashi. Maka, Sharingan Kakashi dilahirkan. Obito mati dan fikiran terakhirnya adalah berkenaan Kakashi dan Rin.
0 comments:
Posting Komentar